Thursday, October 22, 2009

career development

Kerjaya dan impian saya…..

Bermula 1995 saya sudah mengenal apa itu ABC, apa itu 123…ketika itu mulut sudah petah berkata-kata namun masih tidak mengerti apa yang dipetahkan. Dari mana datangnya perkataan tersebut namun dapat memahami apa yang dituturkan. Sekolah Tadika KEMAS menjadi medan untuk sya mula mengenal apa itu pendidikan, betapa pentingnya ilmu dan betapa pentingnya ia untuk menjamin masa depan saya. Mungkin ketika itu, tiada apa perlu difikirkan, tetapai ibu bapa yang mengerti apa yang seorang manusia perlukan…ILMU..
1996-2001
Sekolah Dato laksamana Raja Mahkota.. sekolah ini Cuma 5 minit perjalanan dari rumah.. di sini ,pelbagai ilmu pengetahuan baru dipelajari..subjek baru , guru baru dan persekitaran baru sangat mencabar bagi seorang kanak-kanak berumur 7 tahun..namun, Alhamdulillah, Berjaya ditempuhi selama 6 tahun walaupun keputusan UPSR sedikit mengecewakan saya walaupun dianggap cemerlang. Subjek Bahasa Inggeris telah menjadi pemusnah untuk memperolehi 5A..huhu..
2002-2006
Menjejakkan kaki ke sekolah menengah..menempuhi satu lagi alam persekolahan yang baru . bersekolah di Bandar raya Ipoh iaitu Sekolah Agama Izuddin Syah..memilih aliran ini kerana minat yang mendalam dalam bidang agama…namun cuba bertahan setahun kerana tidak dapat mengikuti proses pnp dan bimbang tentang masa depan. Bersekolah ke SMK Sultan Abdul Aziz di Teluk intan. Bertemu rakan baru dan mengambil peperiksaan PMr di sana, sekali lagi BI mengecewakan saya untuk memperolehi straight A..huhu…mendapat tawaran ke MRSM dan Sekolah Teknik namun mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut. kemudian, berpindah ke sekolah Raja Muda Musa… berhampiran dengan rumah selain kekurangan rakan di sekolah lama kerana rakan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah lain..di sini bertemu dengan rakan sekolah rendah. Mengambil SPM disini dan mendapat keputusan yang agak cemerlang. Sangat berpuas hati kerana memperolehi keputusan A dalam BI. Namun, agak kecewa untuk matapelajaran Fizik..huhu..memang xminat fizik..
2007-2008
Meneruskan pelajaran ke matrikulasi N9, kuala pilah. Proses pnp Cuma berjalan setahun… seronok belajar disini walaupun keadaan tempat yang pedalaman dan tidak menarik.kehadiran guru dan rakan benyak membantu. Pointer yang sederhana tidak memungkinkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang medik. Saya bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di alam universiti.
2008-2012
Melanjutkan pelajaran di UPSI
Dalam bidang kimia, selama 4 tahun saya akan berada di Bandar metropolitan Tanjung Malim untuk merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Buat masa ini, alhamdulilah, prestasi akademik mengkagumkan dan berharap prestasi cemerlang dapat diteruskan.
2012-???
Menjadi seorang guru yang bertauliah. Menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Memandangkan saya menerima biasiswa penuh KPM, saya akan berkhidmat menjadi guru selama 4 tahun sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi.
Jka berpeluang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master, Phd dan seterusnya menjadi pensyarah. Jika berpeluang ingin berkhidmat semula kepada semua sekolah dan IPT yang telah mendidik saya menjadi seorang insane yang berguna. Satu lagi impian saya ialah ingin melanjutkan pelajaran sehingga ke Tanah Arab iaitu Universiti Al-Azhar kerana itu adalh impian saya dan keluarga saya ketika saya masih kecil.InsyaAllah…doakan kejayaan ku di sini. Syukur ke hadrat Ilahi….

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.